CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 19 December 2012

Riwayat PMR aku!


Kisah sedih yang tidak akan luput dalam sejarah – (19.Disember.2012)
        Sejak semalam hati aku bagai nak gugur tiap kali teringatkan 19.Disember.2012 iaitu hari pengambilan keputusan PMR. Aku takut sekiranya aku gagal untuk membuat ayah dan emak aku gembira. Aku masih ingat waktu aku di dalam kereta jantungku berdengup kencang, hatiku bagai nak gugur, mindaku membeku ketika dalam perjalanan dari rumahku untuk mengambil keputusan PMR. Aku melangkah keluar dari kereta dengan hati yang resah. Aku risau sekiranya keputusan aku merosot. Langkah demi langkah menuju ke pejabat sekolah aku. Di hadapan pejabat kelihatan kawan aku Amir dan Hasibuddin sedang menunggu giliran untuk mengambil slip keputusan PMR. Amir memberitahu Arifah Azira mendapat 8A dan Arif’ iaitu kawan baikku mendapat 6A. Aku berasa bangga dengan keputusan kawan baik aku itu. Dalam hati berbisik ‘Mesti Arif’ pindah sekolah!’. Aku menuju ke kereta pengetua sekolah aku untuk menunggu giliran. Aku ternampak kawan si gemuk aku itu Saifullah dan Aiman Yaakob. Lalu aku menyapa dua orang si gemuk itu. Selepas kami berbual-bual Saifullah mengajak aku dan Aiman Yaakob untuk mengambil slip di pejabat kerana waktu itu budak perempuan sudah keluar dari pejabat. Kelihatan di dalam pejabat sekolah ramai pihak pentadbir. Aku disuruh oleh penyelia asrama iaitu Abang Siddiq untuk menanda tangan di slip peperiksaan. Lalu aku mengambil sebatang  pen untuk menanda tangan slip itu. Alangkah terkejutnya aku, ketika aku melihat keputusan aku. Apa yang aku jangkakan memang betul. Keputusan aku menurun. Hanya ada satu A yang tertera dalam slip itu. Hati ku meronta! meronta! meronta! dengan begitu kuat. Kalau boleh aku mahu menangis di dalam pejabat. Selepas selesai menanda tangan, aku berfikir ‘Apa yang harus aku katakan pada ibu dan ayahku’. Aku keluar dengan perasaan hiba. Aku menunjukkan mimit muka yang sedih kepada ibuku. Ibu aku mengatakan ‘Kenapa monyok je muka? Ada gagal ke?’. Lalu aku berlari menuju ke ibuku yang sedang menunggu di sebuah pondok kecil. Aku berkata ‘Mak, adik dapat satu je’. Aku melihat badan ibuku seperti lemah, mata mula berlinang air. Ibu aku berkata ‘Tak apa la dik, dah tak ada rezeki’. Aku berjalan bersama ibuku menuju ke kereta dengan perasaan sedih. Ibuku memberi nasihat pada ku ‘Adik tu otak yang sederhana. Otak yang sederhana kena belajar lebih bukannya bermain lebih’. Lalu aku mengatakan ‘ Hazwan yang main lebih boleh je dapat 5A’. Ibuku memberitahu lagi ‘ Otak dia pandai. Lain la otak pandai. Otak pandai last minute boleh belajar. Adik tu otak yang sederhana’. Aku mendengar nasihat ibuku dengan perasaan yang sedih. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ini. Ibuku menuju ke klinik tempat ayah aku berkerja. Sesampainya di klinik ayah aku, aku melihat ayahku berlari menuju ke aku. Aku juga menunjukkan mimit muka yang sedih. Aku mengatakan ‘Abah, adik dapat satu je’. Lalu ayah aku mengambil slip keputusan itu di tangan aku. Ayah aku berkata ‘ Tak pa la dik, ok la tu, cemerlang, 1A 6B 2C. Tak ada gagal’.

0 comments:

Post a Comment