CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 19 December 2012

Jangan tinggalkan solat jumaat

JANGAN SESEKALI MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT

Sabda Rasulullah S.A.W: “Hendaknya orang yang suka meninggalkan solat Jumaat menghentikan perbuatannya, ataukah mereka ingin Allah membutakan hati mereka, dan sesudah itu mereka benar-benar menjadi orang yang lalai.” - Hadith Riwayat Muslim.

Baginda S.A.W bersabda lagi: “Barangsiapa meninggalkan solat Jumaat selama 3 kali kerana meremehkannya, Allah akan menutup hatinya.” - Hadith Riwayat an-Nasa'ie.

“Barangsiapa meninggalkan 3 kali solat Jumaat berturut-turut dengan sengaja tanpa uzur syar'ie, maka hilanglah ke-Islamannya.” - Imam yang 5.

YANG TIDAK DIWAJIBKAN SOLAT JUMAAT

Sabda Rasulullah S.A.W: “(Solat) Jumaat itu wajib bagi setiap Muslim dengan berjemaah, kecuali 4 golongan, iaitu hamba sahaya, wanita, kanak-kanak (belum baligh) dan orang yang sakit.” - Hadith Riwayat Abu Dawud.

Yaumul Jumaah Mubarakah.. :)

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِسَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلۓِ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Baca ya...

Yang BIASA dan LUAR BIASA

1. SOLAT

Yang BIASA

Ramai dari kita yang solat. Yang biasa, kita solat apabila telah masuk waktu.

Yang kerap berlaku juga, solat kita di akhir waktu.

Mungkin pepatah orang putih "better late than never" menjadi pegangan kita.

Inilah golongan yang hanya tahu dirinya hamba tapi tak rasa hamba.

LUAR BIASA

Orang yang selalu menunggu-nunggu waktu untuk solat.

Seperti seorang yang sangat merindukan pertemuan dengan kekasihnya.

15 minit sebelum azan, dia dah duduk di tikar sejadah.

Kalau begitu, sahihlah dia orang luarbiasa .

2. SEDEKAH

BIASA

Kalau kita sedekah, kita mahu seluruh dunia tahu.

Kalau tak panggil press, sekurang-kurangnya, kita bercerita pada orang.

Kita mahu orang tahu kita pemurah. Agaknya kita memang tak nak pahala sebab hanya sedekah yang ikhlas akan dibalas oleh ALLAH

LUARBIASA

Apabila bersedekah, kita lebih suka melakukan secara sembunyi.

Ibarat kata, tangan kanan sedekah, tangan kiri pun tak tahu.

Yang penting bagi kita ialah membantu meringankan kesusahan orang.

Itu pun kita bimbang juga kalau-kalau dalam hati ada rasa riyak atau takjub dengan diri sendiri.

Sedangkan kita berharap dengan banyak bersedekah, akan turun rahmat serta ampunan ALLAH.

3. BERJAGA MALAM

BIASA

Kita biasa berjaga malam.

Sama ada untuk tengok bola sepak piala dunia, Liga Perdana Inggeris atau melayan VCD terbaru.

Yang lebih teruk, kalau malam dihidupkan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan.

LUARBIASA

Malam kita dihidupkan dengan pelbagai ibadah dan amalan.

Ketika orang lain lena dibuai mimpi, kita meninggalkan tilam empuk untuk bertahajud dan menghisab diri.

Bagi kita, kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang ALLAH, Pencipta kita.

Memohon keampunan, rahmat dan nikmat dari-Nya.

Ini malam para nabi dan para wali.

Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.

4. KERJA

BIASA

Kita cukup berbangga bila berjaya di dalam sebarang kerja.

Sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun bila dapat buat banyak amal ibadah.

Kita rasa, kalau tak kerana otak kita yang genius, atau kerja kuat kita, tentu kita gagal.

Sebab itu kita mudah pandang rendah pada orang yang kurang upaya atau kurang berjaya.

Walaupun kita ucapkan Alhamdulillah, tapi di hati kecil kita tak rasa apa yang berlaku, ALLAH punya kuasa.

LUARBIASA

Bila kita dapat rasakan segala yang kita miliki adalah dari ALLAH.

Kita sangat yakin bahawa kekayaan, pangkat dan kelulusan tidak akan kita nikmati kalau tidak dengan izin ALLAH.

Makin banyak nikmat yang kita dapat, makin tinggi rasa kehambaan.

Bimbang dan cemas kalau-kalau kita tidak mampu berterima kasih kepada ALLAH sehingga tersilap menggunakan nikmat dari-Nya.

Makin banyak ibadah pula, makin takut dengan ALLAH .

Luar biasalah jika manusia dapat merasakan dirinya hanya hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa.

Adakah kita dikategorikan dalam golongan BIASA atau LUARBIASA?

TERPULANGLAH kepada anda samada anda ingin menjadi manusia yang BIASA ataupun LUAR BIASA

Anda sendiri tentukan......

AWASS......!!! Jangan TIDUR MENIARAPP....!!



Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan, “Suatu hari Nabi s.a.w. sedang berjalan melewatiku... ketika itu aku tidur secara meniarap... Maka baginda membangunkan aku menggunakan kakinya, dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)....

Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata; Rasulullah s.a.w. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)

CARA NAK BEZAKAN DAGING LEMBUM DAN DAGING BABI...


Awas....!! Ambil perhatian ini agar kita tidak mudah ditipu..

Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembU iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.


1. Dari segi warna
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.

2. Dari segi serat daging
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).

3. Dari lemak yang kelihatan
Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).

Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.

4. Dari segi tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan

5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.

6. Ciri-ciri secara Umum
Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.

IF YOU CARE, DON'T FORGET TO SHARE!

Sanggul Tinggi hentikan!!!

TOLONG TEGUR, DAN SEBARKAN KAWAN2 WANITA KITA YG PAKAI TUDUNG SANGGUL TINGGI......!!!!!

REALITI UMAT AKHIR ZAMAN.. MasyaALLAH.. Mengapa? Walaupun kita tahu hadis Nabi akan SANGGUL yang TINGGI ni, namun masih tetap dilakukan.. Mengapa?? Mengapa?? Cantik ke sanggul?? Nak dapat perhatian yang bukan muhrim?

masyaALLAH,.HENTIKAN SANGGUL!!.Mungkin berasa ''yakin'' apabila menyanggulnya.. La Ba'sa ayuh kita baca pengertian tabarruj di sini.. Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dgn berlenggang-lenggok atau memperelokkannya.

Ada juga yg mengatakan bahwa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya lalu terlihatlah rantai leher, anting2 & lehernya.

Pendapat lain pula mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya yg sepatutnya wajib ditutup.

Firman Allah: "Dan hendaklah kamu tetap dirumahmu & jgnlah kamu berhias & bertingkahlaku (tabarruj) spt org2 jahiliah dahulu." [Al-Ahzab:33]

p/s:ISLAM melarang sesuatu ada KEBAIKANNYA bukannya untuk menyekat sesuatu yang umatnya suka..waallahulam..

Potong kuku ikut sunnah Nabi

Potong kuku di hari jumaat akan dapat pahala sunat... DAN, pastikan cara potong kuku ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Sebarkan ya, moga2 dengan sebarkan ILMU ini, dapat ganjarannya... lagi2 hari jumaat.. berganda2 pahala brg siapa berpesan2 terhadap kebaikan.. :)

◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
LIKE & SHARE: https://www.facebook.com/TazkirahOnline
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆

Allahuakbar...

''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .

LIKE: http://cinta.my/tazkirah

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah...