CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 19 December 2012

Jangan tinggalkan solat jumaat

JANGAN SESEKALI MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT

Sabda Rasulullah S.A.W: “Hendaknya orang yang suka meninggalkan solat Jumaat menghentikan perbuatannya, ataukah mereka ingin Allah membutakan hati mereka, dan sesudah itu mereka benar-benar menjadi orang yang lalai.” - Hadith Riwayat Muslim.

Baginda S.A.W bersabda lagi: “Barangsiapa meninggalkan solat Jumaat selama 3 kali kerana meremehkannya, Allah akan menutup hatinya.” - Hadith Riwayat an-Nasa'ie.

“Barangsiapa meninggalkan 3 kali solat Jumaat berturut-turut dengan sengaja tanpa uzur syar'ie, maka hilanglah ke-Islamannya.” - Imam yang 5.

YANG TIDAK DIWAJIBKAN SOLAT JUMAAT

Sabda Rasulullah S.A.W: “(Solat) Jumaat itu wajib bagi setiap Muslim dengan berjemaah, kecuali 4 golongan, iaitu hamba sahaya, wanita, kanak-kanak (belum baligh) dan orang yang sakit.” - Hadith Riwayat Abu Dawud.

Yaumul Jumaah Mubarakah.. :)

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِسَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلۓِ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

0 comments:

Post a Comment